BAHASA MALAYSIA  |  ENGLISH Jumaat, 25 April  2014
Klik di sini untuk kembali ke laman utama Biro Kredit Klik di sini untuk ke laman utama Bank Negara Malaysia
Laman Utama > Laporan Kredit > Mendapatkan Laporan Kredit Anda
Kenali Biro Kredit
Laporan Kredit
Memahami Maklumat Kredit
Mempertikaikan Maklumat dalam Laporan Kredit Anda
 
Hantar artikel kepada rakan  |  Versi mesra pencetak
Mendapatkan Laporan Kredit Anda

Berkuat kuasa bulan Mac 2002, Biro Kredit boleh memberikan maklumat kredit kepada mana-mana individu sekiranya ada permintaan. Sebelum ini, Biro Kredit hanya diberi kebenaran untuk memberikan maklumat kredit kepada institusi kewangan.

Laporan kredit boleh diperoleh dari Bank Negara Malaysia secara percuma melalui langkah-langkah berikut dan pemohon dikehendaki membawa dokumen-dokumen asal untuk pengesahan.

I. Permohonan oleh Individu

1) Sekiranya anda dari Lembah Kelang, anda boleh mendapatkan laporan kredit dari Pusat Khidmat Pelanggan, Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) Bank Negara Malaysia, di alamat berikut:

BNMLINK
Jabatan LINK & Pejabat Wilayah
Tingkat Bawah, Blok D
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur

BNMLINK beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat kecuali hari cuti umum, 9.00 pagi - 5.00 petang (termasuk waktu makan tengah hari).

2) Sekiranya anda berada di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching, anda boleh mendapatkan laporan kredit dari cawangan-cawangan Bank Negara Malaysia di kawasan tersebut. Klik di sini [PDF, 10K] untuk maklumat lanjut cawangan yang hendak dihubungi.

Cawangan-cawangan Bank Negara Malaysia beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi - 5.00 petang (tutup waktu makan tengah hari dari 1.00pm - 2.00pm kecuali hari Jumaat dari 12.30pm - 2.30pm) kecuali pada cuti umum.

Sila bawa bersama-sama MyKad dan dokumen sokongan lain seperti lesen memandu atau pasport, yang boleh mengesahkan identiti anda. Laporan kredit akan diberikan kepada anda di BNMLINK atau mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia selepas permohonan diterima pada hari yang sama.

3) Sekiranya anda bukan dari Lembah Kelang atau jauh dari cawangan-cawangan Bank Negara Malaysia, anda boleh memohon laporan kredit dengan melengkapi dan menghantar dokumen berikut kepada kami:

  • Borang Permohonan Laporan Kredit (Credit Report Request, CRR);
  • Borang Perisytiharan Pinjaman;
  • Salinan MyKad anda yang jelas (depan dan belakang); dan
  • Mana-mana dua dokumen berikut (dengan nama dan alamat anda jelas tertera pada setiap dokumen):
    • Lesen memandu;
    • Pasport;
    • Bil air;
    • Bil elektrik; atau
    • Bil telefon.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak mempunyai dokumen di atas, anda boleh mengemukakan mana-mana dokumen berikut:

    • Penyata akaun bank;
    • Penyata kad kredit; atau
    • Penyata KWSP.

Borang Permohonan Laporan Kredit (CRR) dan Borang Perisytiharan Pinjaman boleh didapati di laman web creditbureau.bnm.gov.my atau klik di sini untuk muat turun borang [PDF, 26K]; -

Sila hantar borang yang telah dilengkapi berserta dokumen sokongan melalui pos atau faksimili atau emel kepada:

BNMTELELINK
Jabatan LINK & Pejabat Wilayah
Bank Negara Malaysia
Peti Surat 10922
50929 Kuala Lumpur
No. Faks: +603 2174 1515
Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my

II. Permohonan oleh Entiti Perniagaan

Syarikat

Hanya kakitangan yang diberi kuasa oleh syarikat boleh mengambil laporan kredit. Kakitangan yang diberi kuasa perlu mengisi CRR dan menghantarnya bersama satu salinan dokumen berikut:

  • Satu salinan kad pengenalan (MyKad) atau pasport (jika bukan rakyat Malaysia) kakitangan yang diberi kuasa untuk mengambil laporan tersebut;
  • Surat beri kuasa (menggunakan kepala surat syarikat) daripada syarikat untuk mengesahkan kakitangan yang diberi kuasa untuk mengambil laporan kredit. Surat tersebut hendaklah ditandatangani oleh setiausaha syarikat dan dua pengarah syarikat ;
  • Satu salinan Sijil Pendaftaran Syarikat yang telah disahkan (Borang 9) oleh setiausaha syarikat;
  • Satu salinan Sijil Pendaftaran Pertukaran Nama Syarikat yang telah disahkan (Borang 13) oleh setiausaha syarikat, sekiranya ada; dan
  • Satu salinan Senarai Pengarah Syarikat terkini yang telah disahkan (Borang 49) oleh setiausaha syarikat.

* Sila ambil perhatian bahawa tarikh surat kuasa dan semua salinan dokumen hendaklah disahkan dalam masa 14 hari bekerja sebelum tarikh penyerahan Borang Permohonan Laporan Kredit.

Pemilik Tunggal/Perkongsian

Jika anda merupakan pemilik tunggal atau rakan kongsi, maklumat kredit akan ditunjukkan dalam laporan kredit individu. Walau bagaimanapun, sekiranya anda masih ingin memohon laporan kredit pemilik tunggal atau perkongsian, permohonan hendaklah disertakan dengan CRR dan disokong oleh satu salinan dokumen berikut:

i) Pemilik Tunggal

  • salinan kad pengenalan (MyKad) atau pasport (sekiranya bukan rakyat Malaysia);
  • salinan sijil pendaftaran (masih dalam tempoh sah);
  • salinan maklumat terperinci mengenai pemilik dahulu dan sekarang.

ii) Perkongsian

  • salinan kad pengenalan (MyKad) atau pasport (sekiranya bukan rakyat Malaysia) kakitangan yang diberi kuasa;
  • salinan sijil pendaftaran (masih dalam tempoh sah);
  • salinan maklumat terperinci mengenai pemilik dahulu dan sekarang;
  • surat kuasa daripada syarikat (menggunakan kepala surat syarikat) yang memberi kuasa kepada individu tersebut (hanya pekerja atau majikan) untuk mengambil laporan kredit. Surat tersebut hendaklah ditandatangani oleh sekurang-kurangnya dua rakan kongsi.

* Sila ambil perhatian bahawa tarikh surat kuasa dan semua salinan dokumen hendaklah disahkan dalam masa 14 hari bekerja sebelum tarikh penyerahan Borang Permohonan Laporan Kredit.

III. Permohonan Mendapatkan Maklumat Kredit Si Mati

Laporan kredit simati hanya boleh diberikan kepada individu yang diberi kuasa secara sah untuk mentadbir harta pusaka simati seperti yang dinamakan dalam Surat Tadbir Kuasa. Permohonan perlu dikemukakan bersama-sama borang permohonan laporan kredit berserta salinan dokumen berikut:

  • Satu salinan sijil kematian;
  • Satu salinan Surat Tadbir Kuasa; dan
  • Satu salinan kad pengenalan (MyKad) Pentadbir Kuasa.

IV. Permohonan Mendapatkan Maklumat Kredit untuk Individu yang Terlantar Sakit/Uzur

Individu yang dibenarkan mengambil laporan kredit mestilah merupakan waris terdekat (mengikut turutan berikut - suami atau isteri, anak, ibu bapa atau adik-beradik). Permohonan perlu dikemukakan bersama-sama CRR berserta salinan dokumen berikut:

  • Satu salinan kad pengenalan (MyKad) pemohon;
  • Satu salinan kad pengenalan (MyKad) waris terdekat yang akan mengambil laporan kredit;
  • Surat rujukan dan laporan kesihatan terkini yang disahkan oleh doktor dan pihak hospital; dan
  • Satu salinan sijil kahwin/sijil kelahiran waris terdekat sebagai bukti pertalian dengan pesakit.

Laporan kredit akan diberikan serta merta sekiranya anda hadir sendiri ke BNMLINK atau mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia untuk memohon laporan kredit tersebut. Untuk permohonan melalui pos, tempoh memproses permohonan laporan kredit anda adalah antara dua hingga empat minggu. Kami akan memaklumi anda melalui surat mengenai pengambilan laporan kredit. Laporan kredit boleh diambil di institusi kewangan seperti yang anda nyatakan dalam borang permohonan anda.

Cari

Pelan tapak

Bantu kami perbaiki laman ini
 
Ruangan muat turun
© Hak cipta Bank Negara Malaysia 2014. Semua hak cipta terpelihara.