Bahasa Malaysia / English
Mana-mana individu boleh meminta akses kepada maklumat kreditnya dari Biro Kredit. Permohonan untuk laporan kredit hanya boleh dilakukan oleh individu. Dalam kes entiti perniagaan atau orang yang meninggal dunia, permintaan tersebut boleh dibuat oleh orang yang diberi kuasa oleh entiti (untuk perniagaan) atau oleh mahkamah (si mati).
Laporan kredit mengandungi maklumat kredit individu yang juga boleh dicapai oleh individu melalui saluran-saluran berikut:
Ibu Pejabat / Pejabat BNM
1) BNMLINK Kuala Lumpur
Tingkat Bawah, Blok D
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur
Talian Umum: +603-26988044
Hari Bekerja: Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum)
Waktu Operasi: 9:00 pagi - 5:00 petang (termasuk waktu makan tengah hari)
2) Pejabat BNM Pulau Pinang
Bank Negara Malaysia
No. 27, Lebuh Light
10200 Pulau Pinang
Talian Umum: +604-2587588
Hari Bekerja: Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum)
Waktu Operasi: 9:00 pagi - 5:00 petang (termasuk waktu makan tengah hari)
3) Pejabat BNM Johor Bahru
Bank Negara Malaysia
Jalan Bukit Timbalan
80000 Johor Bahru
Johor
Talian Umum: +607-2257888
Hari Bekerja: Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum)
Waktu Operasi: 9:00 pagi - 5:00 petang (termasuk waktu makan tengah hari)
4) Pejabat BNM Kota Kinabalu
Bank Negara Malaysia
Jalan Lapan Belas
88000 Kota Kinabalu
Sabah
Talian Umum: +6088-522310
Hari Bekerja: Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum)
Waktu Operasi: 9:00 pagi - 5:00 petang (termasuk waktu makan tengah hari)
5) Pejabat BNM Kuching
Bank Negara Malaysia
Jalan Satok
93400 Kuching
Sarawak
Talian Umum: +6082-252311
Hari Bekerja: Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum)
Waktu Operasi: 9:00 pagi - 5:00 petang (termasuk waktu makan tengah hari)
6) Pejabat BNM Kuala Terengganu
Bank Negara Malaysia
Jalan Sultan Mohamad
21100 Kuala Terengganu
Terengganu
Talian Umum : +609-6220571
Hari Bekerja: Ahad hingga Khamis (kecuali cuti umum)
Waktu Operasi: 9:00 pagi - 1:00 tengah hari 2:00 petang - 5:00 petang
A) Akses melalui eCCRIS
Jika anda ingin mengakses laporan kredit anda dalam talian melalui eCCRIS, sila mendaftar sebagai pengguna eCCRIS dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:
Nota : Kod Kebenaran Transaksi Anda (TAC) diperlukan sebagai langkah
keselamatan tambahan apabila anda ingin menukar nombor telefon bimbit berdaftar anda.
B) Akses melalui Kios CCRIS di BNMLINK Kuala Lumpur, Pejabat BNM atau cawangan AKPK
Jika anda memohon laporan kredit peribadi melalui Kios CCRIS di BNMLINK Kuala Lumpur, Pejabat BNM atau cawangan AKPK, sila bawa MyKad anda. Laporan kredit akan dicetak kepada anda pada masa itu juga.
C) Memohon di BNMLINK Kuala Lumpur atau Pejabat BNM
Jika anda memohon laporan kredit peribadi di BNMLINK Kuala Lumpur atau Pejabat BNM, sila bawa MyKad anda dan apa-apa dokumen sokongan lain yang boleh mengesahkan identiti anda seperti lesen memandu atau passport (sekiranya bukan rakyat Malaysia). Laporan kredit akan diberikan kepada anda pada masa itu juga.
D) Memohon melalui surat
Sekiranya anda memohon laporan kredit menerusi surat, anda boleh memohonnya dengan melengkapi dan menghantar dokumen berikut kepada kami:
Borang Permohonan Laporan Kredit dan Borang Pengisytiharan Pinjaman boleh didapati di laman sesawang kami di http://creditbureau.bnm.gov.my/ atau klik di sini untuk muat turun borang [PDF, 26K]
Sila pos, faks, atau e-mel borang yang telah dilengkapi berserta dokumen sokongan kepada BNMTELELINK, Bank Negara Malaysia di:
BNMTELELINK
LINK dan Pejabat BNM
Bank Negara Malaysia
P.O Box 10922
50929 Kuala Lumpur
Faksimile: +603 2174 1515
Email: bnmtelelink@bnm.gov.my
A) Akses melalui eCCRIS
Jika entiti perniagaan/syarikat ingin mengakses laporan kredit melalui eCCRIS, orang yang diberikuasa perniagaan/syarikat perlu mendaftar sebagai pengguna eCCRIS dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:
Nota: Kod Kebenaran Transaksi Anda (TAC) diperlukan untuk keselamatan tambahan apabila anda ingin menukar nombor telefon mudah alih berdaftar anda.
B) Memohon di BNMLINK Kuala Lumpur atau Pejabat BNM
Keempunyaan Tunggal/Perkongsian
Jika anda merupakan tuan punya tunggal atau rakan kongsi, maklumat kredit akan menunjukkan laporan kredit peribadi individu. Walau bagaimanapun, sekiranya anda masih ingin memohon laporan kredit untuk keempunyaan tunggal atau perkongsian, permohonan hendaklah disertakan dengan Borang Permohonan Laporan Kredit dan disokong oleh dokumen asal dan salinan dokumen berikut:
Keempunyaan Tunggal
Perkongsian
Sila ambil perhatian bahawa tarikh surat kebenaran dan semua salinan dokumen yang disahkan benar hendaklah dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum tarikh penyerahan Borang Permohonan Laporan Kredit.
Syarikat
Sila ambil perhatian bahawa tarikh surat kebenaran dan salinan dokumen yang disahkan benar hendaklah dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum tarikh penyerahan Borang Permohonan Laporan Kredit.
Laporan kredit si mati hanya boleh diberikan kepada individu yang diberikan kuasa secara sah di sisi undang-undang untuk mentadbir harta pusaka si mati seperti yang dinamakan dalam Surat Tadbir Kuasa. Permohonan perlu dikemukakan bersama-sama Borang Permohonan Laporan Kredit berserta salinan dokumen berikut: