Bahasa Malaysia / English

Maklumat Laporan Kredit

 Laman Utama / Mengesahkan Maklumat dalam Laporan Kredit Anda
Mengesahkan Maklumat dalam Laporan Kredit Anda

Sekiranya anda mendapati ada maklumat yang tidak tepat dalam laporan kredit yang diterima daripada Biro Kredit, anda dinasihatkan untuk berhubung terus dengan institusi kewangan peserta yang berkenaan untuk penjelasan dan kemas kini rekod. Institusi kewangan peserta dikehendaki membetulkan apa-apa maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap dengan menghantar maklumat yang telah dibetulkan kepada Biro Kredit untuk menggambarkan kedudukan kredit terkini peminjam.

 

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh institusi kewangan peserta atau institusi kewangan peserta lewat mengemas kini maklumat walaupun peminjam telah mengemukakan semua dokumen yang perlu, anda boleh memohon semakan data di Bank Negara Malaysia.

 

Cara untuk Memohon Semakan Data

Borang Permohonan Semakan Data (Request for Data Review, RDR) boleh dimuat turun di sini [PDF, 23K]. Sila nyatakan perkara yang dipertikaikan dalam laporan kredit dan jelaskan  mengapa maklumat tersebut dipertikaikan.

 

  •     Untuk pengambilan sendiri laporan kredit, sila lengkapkan dan serahkan borang RDR di BNMLINK; dan
  •     Jika anda dari kawasan di luar Lembah Klang, anda boleh menghantar borang RDR yang telah lengkap kepada:

            BNMTELELINK 

            LINK dan Pejabat Wilayah

            Bank Negara Malaysia

            Peti Surat 10922 

            50929 Kuala Lumpur

            No Faks: +603 2174 1515

            E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my


Biro Kredit akan menyiasat dan memberitahu institusi kewangan peserta yang telah memberikan maklumat yang dipertikaikan berserta semua data yang berkenaan. Proses siasatan dan pembetulan lazimnya mengambil masa kira-kira dua hingga empat minggu untuk disiapkan. Anda akan dimaklumkan tentang hasil siasatan tersebut. Jika maklumat yang dipertikaikan itu disahkan benar, anda dinasihatkan supaya merujuk perkara itu dengan institusi kewangan peserta yang berkenaan.