Bahasa Malaysia / English

Laporan Kredit

 Laman Utama / Mengenai Laporan Kredit
Mengenai Laporan Kredit

Laporan Kredit mengandungi maklumat kredit peminjam seperti yang berikut:

 

1) Kredit Belum Berbayar

Semua kemudahan kredit yang diperoleh peminjam, yang masih belum berbayar, sama ada di bawah:

  • nama sendiri;
  • akaun bersama dengan peminjam lain;
  • nama keempunyaan tunggal atau perkongsian yang peminjamnya merupakan pemilik perkongsian atau perniagaan tersebut;
  • nama badan profesional yang peminjamnya merupakan anggota badan profesional tersebut; atau
  • nama syarikat.

 

Kemudahan kredit yang telah dibayar sepenuhnya dikecualikan daripada laporan kredit.

 

2) Akaun Di Bawah Pemerhatian Khas

Semua kemudahan kredit belum berbayar yang di bawah pengawasan rapi institusi kewangan peserta.

 

 

3) Permohonan Kredit

Semua permohonan yang telah diluluskan kepada peminjam dalam tempoh 12 bulan sebelumnya dan permohonan peminjam yang masih dalam proses untuk diluluskan.

 

Siapa yang Boleh Memohon Laporan Kredit

  • Institusi kewangan apabila mendapat apa-apa permohonan kredit dan semasa kajian semula kepercayaan kredit pelanggan sedia ada;
  • Agensi pelapor kredit berdaftar yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dengan kebenaran daripada peminjam diperoleh terlebih dahulu;
  • Mana-mana individu, untuk laporan kreditnya sendiri;
  • Mana-mana individu untuk mendapatkan laporan kredit syarikat milik sendiri iaitu keempunyaan tunggal, perkongsian atau badan profesional; dan
  • Mana-mana syarikat, untuk laporan kreditnya sendiri.