Bahasa Malaysia / English

Maklumat Kredit

 Laman Utama / Mengenai CCRIS
Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS)

Maklumat yang dilaporkan kepada Biro Kredit disimpan dalam sistem pangkalan data berkomputer yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System, CCRIS). Pada masa ini, pangkalan data CCRIS mengandungi maklumat kredit kira-kira sembilan juta peminjam di Malaysia.

 

CCRIS memproses data berkaitan kredit yang diterima daripada institusi kewangan peserta secara automatik dan menggabungkan maklumat tersebut ke dalam laporan kredit. Laporan ini akan disediakan kepada institusi kewangan dan peminjam, apabila diminta.

 

Tertakluk kepada kelulusan Bank Negara Malaysia, agensi pelapor kredit (credit reporting agencies, CRA) yang berdaftar di bawah Akta Agensi Pelapor Kredit 2010, boleh mendapatkan maklumat kredit peminjam individu dalam CCRIS, dengan kebenaran peminjam yang diperoleh terlebih dahulu. Sehingga hari ini, tiga CRA telah mendapatkan kelulusan ini:

  •              Credit Bureau Malaysia Sdn Bhd;
  •              RAM Credit Information Sdn Bhd; dan
  •              CTOS Data Systems Sdn Bhd.

 

Institusi kewangan peserta yang menjadi pelanggan kepada agensi pelapor kredit boleh meminta laporan kredit dengan skor seseorang pemohon atau peminjam secara langsung daripada agensi pelapor kredit bagi memudahkan keputusan pemberian pinjaman mereka.